Forum Perdana Ehwal Islam Ustaz Zawawi Dr Zaharuddin Deposit Dunia Saham Akhirat 14 Ogos 2014 Panelis : Yang Berbahagia Ustaz Dr Zaharudin Abdul Rahman & Yang Berbahagia Dato Ust Zawawi Yusoff. Skop : Percukaian dalam syariah Islam HUKUM KERAJAAN MENGENAKAN CUKAI Penulisan ringkas ini akan berkongsi persoalan cukai menurut ahli fiqh Islam berdasarkan ijtihad masing-masing. Secara umumnya, para ulama fiqh terbahagi kepada tiga kumpulan dalam menentukan hukum kerajaan mengenakan cukai. Ia seperti berikut:- 1. Haramnya cukai secara mutlaq. Mereka berhujjah berdasarkan dalil : a. Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 188 yang mengharamkan memakan harta sesama manusia secara bathil. Justeru, pungutan cukai dianggap tergolong dalam pendapatan yang bathil kerana tanpa rela dan keperluan mendesak. b. Sabdaan Nabi sallaallahu ‘alaihi wasallam yang menyebut أَلَا لا تَظْلِموا, أَلَا لا يَحِلُّ مالُ امرِىءٍ إلا بِطِيبِ نفسٍ منه Ertinya : Janganlah kami menzalimi dan tiada halal harta seseorang muslim yang (diambil) tanpa disertai rela dan izin dari pemiliknya. ( Riwayat Ahmad : hadis sohih) Justeru, mengambil cukai dari rakyat sedang rakyat tidak rela disebabkan pendapatan kerajaan yang mewah adalah tiada halal. c. Sabda Nabi sallaallahu ‘alaihi wasallam فوالذي نفسي بيدِه ! لقد تابت توبةً ، لو تابها صاحبُ مُكْسٍ لغُفِرَ لهُ Ertinya : Telah datang kepada Nabi seorang wanita yang berzina yang ingin dilaksanakan hukuman had ke atasnya tetapi baginda menjawab, “Demi jiwaku pada tangan Allah, seseungguhnya wanita itu telah bertaubat yang sekiranya seorang pemungut cukai bertaubat juga akan diampunkan baginya. ( Riwayat Muslim : Sohih) Justeru, pemungut cukai adalah haram kerana itu baginda Nabi menyebut ‘bertaubat’ menunjukkan ianya berdosa. d. Nabi bersabda : إنَّ صاحبَ المَكْسِ في النارِ Ertinya :Sesungguhnya penguasa yang mengenakan ‘Maks’ (sebahagian menterjemahkannya sebagai cukai) adalah di dalam neraka. ( Riwayat Ahmad : Sohih menurut Al-Suyuti) 2. Harus secara sementara waktu ke atas si kaya pada kadar tertentu di musim wujudnya keperluan. a. Dalil mereka : Sabda Nabi ; إنَّ في المالِ لَحَقًّا سِوَى الزكاةِ Ertinya : sesungguhnya pada harta itu ada kewajiban lain selain zakat (Riwayat At-Tirmidzi : Dhoif menurut Al-Suyuti, Albani, ) source: http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1030-cukai-gst-hukum-a-amanah.html Searches related to ustaz zawawi: ustaz zawawi rasa, blog ustaz zawawi, ustaz zawawi jusoh, ustaz zawawi yusof, ustaz nik zawawi biodata Searches related to dr zaharuddin: dr zaharuddin youtube, dr zaharuddin rahmat, dr zaharuddin biodata, dr zaharuddin boikot, dr zaharuddin wahabi, dr zaharuddin forex, dr zaharuddin muhammad, dr zaharuddin emas